HOKI
Skuad hoki 5's wanita negara belasah tuan rumah aksi pembukaan Piala Dunia
Skuad hoki 5 sebelah wanita negara membuka kempen kejohanan FIH Hoki 5's Piala Dunia dengan kemenangan mewah 10-0 ke atas pasukan tuan rumah, Oman pada hari ini.
10 gol yang dihasilkan berpunca daripada dua gol challenge dan lapan gol padang dengan Zati Alyani Muhamad Zubir muncul penjaring terbanyak selepas menyumbangkan empat gol diikuti Nur Zafirah Aziz yang menjaringkan tiga gol.
Kemenangan pertama ini disifatkan oleh ketua pasukannya, Nur Syafiqah Mohd Zain pembakar semangat dan menggandakan keyakinan sebelum bertemu lawan yang lebih mencabar.
"Kemenangan ini merupakan satu permulaan yang cukup baik untuk pasukan. Namun apa yang lebih penting adalah perlawanan kedua bertemu Belanda dan kami yakin ia akan menjadi perlawanan yang lebih mencabar.
Iklan
"Keputusan ini pastinya menambah lagi keyakinan pasukan untuk bermain dengan lebih baik dan semangat yang lebih tinggi menjelang pertemuan kedua.
Skuad Wanita bakal bertemu Belanda untuk aksi kedua Piala Dunia pada jam 8:30 malam ini (waktu Malaysia).
Must-Watch Video