Ketua jurulatih skuad ragbi negara, Brad Mika, percaya skuadnya mampu menangani asakan tuan rumah, Korea Selatan, dalam aksi pembukaan Kejohanan Ragbi Asia 2019 di Incheon, Sabtu depan.
Mika kini lebih memberi tumpuan kepada keakraban dalam kalangan pemain skuad ragbi negara dalam membentuk keserasian pasukan sebelum berdepan pasukan di ranking ke-30 dunia itu di Stadium Namdong Asiad.
"Pemain yang mengalami kecederaan ketika berdepan Sri Lanka, Sabtu lalu, kini semakin pulih dan sebilangan daripada mereka mungkin memerlukan tempoh beberapa hari lagi untuk pulih.
"Mereka akan diberikan cuti rehat selama tiga hari supaya menjauhi ragbi bagi membolehkan tahap fizikal dan minda mereka tidak terlalu tertekan," katanya.
Skuad negara sudah cukup bersedia daripada segi fizikal selain bebas daripada sebarang kecederaan serius selepas mengharungi aksi persahabatan menentang Sri Lanka.
"Tahun ini lebih mencabar buat kami sambil kami cuba menjadi sebuah pasukan yang lebih baik.
"Kami tidak mencari alasan, kami akan tetap berlatih di mana-mana lokasi asalkan pemain boleh mengadakan persiapan dan membawa manfaat kepada kami," tambahnya.
Terdahulu, selepas kejayaan mengalahkan Sri Lanka 31-26, skuad Bunga Raya itu melonjak ke kedudukan ke-45 dunia.
Untuk rekod, Malaysia gagal meraih sebarang kemenangan dalam edisi tahun lalu.