Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Vietnam julang gelaran keempat, sekat kebangkitan Thailand

vietnam

Vietnam menyekat kebangkitan Thailand untuk bergelar juara Kejohanan Bola Sepak ASEAN buat kali keempat apabila mengikat kedudukan 2-2 dalam aksi final kedua Piala Hyundai ASEAN 2026 di Hanoi sebentar tadi.

Berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan 2-0 dalam aksi final pertama di Bangkok pada Sabtu lalu, tuan rumah lebih selesa mengawal permainan berbanding melakukan serangan.

Bagaimanapun, mereka mula cemas apabila Yotsakorn Burapha melepaskan ledakan kaki kanan gemilang dalam kawasan penalti untuk membuka jaringan buat Thailand pada minit ke-12.

Vietnam akhirnya boleh menarik nafas lega pada awal babak kedua apabila penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom, melakukan kesilapan, di mana bola percubaan Nguyen Xuan Son terkena tiang sebelum terbias ke kakinya dan masuk ke gawang sendiri pada minit ke-52.

Di sebalik jaringan itu, Thailand masih enggan mengaku kalah dan mereka sekali lagi merapatkan kedudukan agregat pada minit ke-85, kali ini menerusi penyudah pemain gantian, Wanchai Jarunongkran, yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Vietnam di depan gawang.

Bagaimanapun, semangat kebangkitan itu kembali dimatikan Vietnam pada penghujung perlawanan, di mana tekanan yang diberikan Naga Emas memaksa Wanchai menendang bola ke gawang sendiri untuk pasukan bimbingan Kim Sang-sik itu mempertahankan kejuaraan dengan kelebihan agregat 4-2.

Dengan keputusan itu, Vietnam menyamai rekod Singapura dengan empat gelaran ASEAN, manakala Thailand masih kekal selaku pasukan dengan rekod terbaik berdasarkan sejarah dengan tujuh gelaran.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement