Skip to main content

Sukan SEA

Ski Air: Adam ikut jejak kakak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img-20170829-wa0027.jpg
Selepas Aaliyah Yoong mengungguli pingat emas dalam acara tricks wanita, menyusul pula giliran adiknya, Adam Yoong, membutirkan emas buat negara menerusi kategori lelaki dalam aksi di Kompleks Sukan Air Putrajaya, sebentar tadi.

Adam, yang berusia sembilan tahun, mengutip 3,860 mata untuk muncul selaku pemenang emas termuda Malaysia dalam saingan Sukan SEA serta menumbangkan juara bertahan, Febrianto Kadir, dari Indonesia yang terlepas untuk membawa pulang sebarang pingat.


"Saya cuma lakukan yang terbaik. Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya.

Pingat perak menjadi milik Dimas Ridho Suprihono dari Indonesia dengan 3,440 mata manakala abang kepada Adam, Aiden Yoong, meraih gangsa hasil daripada kutipan 2,790 mata.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.



Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video