SKUASY

Sivasangari sasar tembus kelompok lima terbaik dunia

Stadium Astro
Saufi Tahir
12/02/2025
11:35 MYT
Sponsor Banner
Sivasangari sasar tembus kelompok lima terbaik dunia
Bintang skuasy negara, S. Sivasangari, melaungkan hasrat untuk menembusi kelompok lima terbaik dunia selepas pentas Cinccinati menjadi saksi kehebatannya menjulang trofi kemenangan sekali gus melonjakkan diri ke ranking kelapan dunia ketika ini.
Dengan peningkatan positif yang dipamerkan, dia kini semakin hampir merapatkan jurang perbezaan prestasi antara dirinya untuk berdiri sama tinggi dengan barisan pemain tersohor dunia.
"Dia sangat bagus secara fizikal, dia bekerja keras. Mungkin pada penghujung tahun ini, kerana ranking dikira secara tahunan.
"Ia adalah tahun yang bagus untuk meraih ranking kelima mahupun keempat." kata pengarah kejurulatihan, Andrew Cross.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Aina Azman, mahu menjadikan pentas Terbuka New Zealand sebagai peluang untuk mengembalikan semula prestasi selepas kembali daripada rehat susulan kecederaan buku lali yang merencatkan persembahannya sebelum ini.
"Berdasarkan pengundian, Aina ada peluang untuk menang dalam pusingan pertama. Kerana baru baik daripada kecederaan, jadi secara mental perlu persediaan rapi." tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video