Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Aaron Chia intai medal kejutan

saasa

Aaron Chia kekal bersemangat tinggi untuk menyumbangkan medal buat kontinjen negara dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas ditugaskan untuk menggalas amanah negara di samping Tee Kai Wun untuk mengibarkan cabaran dalam sektor beregu lelaki.

Aaron tidak terfikir untuk sekadar melengkapi jadual saingan, sebaliknya dia ingin pulang dengan membawa kalungan pingat dengan membawa mentaliti sebagai 'underdog' lebih kurang tekanannya.

"Kami memang harapkan medal buat kontinjen negara.

"Biarpun hadir sebagai pemain senior dan beregu bidan terjun, pencabar kami (sebaliknya) ada tekanan lebih besar, ini satu kelebihan buat kami," katanya.

Bgi Aaron, pengalaman tidak beraksi dengan gandingan asal, Soh Wooi Yik, dianggap sebagai fasa 'refreshing' sebelum kembali bersama untuk mencari kutipan mata kelayakan Sukan Olimpik LA2028.

"Tiada masalah lagipun saya dan Wooi sudah lama digandingkan.

"Pertukaran gandingan dalam beberapa kejohanan sebelum ini hanya percubaan dan untuk mendapatkan angin baru.

"Kami -- baik BAM, jurulatih dan pemain -- tidak pernah cadang pisahkan gandingan asal.

"Saya harap selepas Sukan Asia dan kejohanan di Eropah, kami akan kembali berjuang bersama-sama," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement