Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching, menyambut baik perseteruan bersama Piotlobodzinski bagi perebutan mahkota juara Kuala Lumpur (KL) Tower Run International Challenge 2026 pada Ahad ini.
Juara sebanyak tiga kali yang merupakan juara bertahan itu telah menetapkan sasaran melakukan catatan di bawah 8 minit pada edisi kali ini.
Wai Ching menyasarkan rekod baru saingan di samping telah berlatih di venue kejohanan bagi memantapkan lagi teknik lariannya pada hujung minggu ini.
Dia bakal mengharungi 1,608 anak tangga Menara Kuala Lumpur dengan saingan edisi kali ini memperkenalkan garisan penamat baru di Sky Garden, sekali gus menawarkan elemen keterbukaan dalam perlumbaan sebenar.
"Saya mengambil risiko untuk mencatat masa di bawah lapan minit pada Ahad ini.
"Saya nak menang besar, saya nak cabar had manusia.
"Selalunya atlet akan kekalkan rentak larian yang selamat sebelum kerah pada hujung perlumbaan
"Tapi kali ini saya bukan sekadar hendak bergelar juara, saya mahu lakukan catatan di bawah lapan minit.
"Dua tahun lalu saya kalah kepada Poland, Piotr Lobodzinski, yang merekodkan 8:08saat jadi saya nak atasi catatannya, maka saya boleh maafkan diri sendiri atas kekalahan lalu," katanya di Nadi Arena.