Temasya Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 melabuhkan tirai dengan jayanya dalam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, semalam.
10 acara sukan dipertandingkan, 122 pingat emas menjadi taruhan dengan penyertaan 1927 atlet daripada lapan kontinjen yang kesemuanya bersaing dalam satu pentas yang sarat dengan drama, emosi dan pencapaian luar biasa.
Salah satu pencapaian terbesar dalam kejohanan ini adalah kejayaan atlet lontar peluru negara, Jonah Chang, yang berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara lontar peluru, 18.46 meter sebelum ini dan catatan terbaru 18.66m.
Dia juga berjaya memecahkan rekod peribadinya dalam acara lempar cakera dan mungkin kita bakal menyaksikan dia beraksi dan bersaing Sukan SEA di Thailand penghujung tahun ini dalam dua acara tersebut.
Dengan berakhirnya SIPMA 2025, apa yang ditinggalkan adalah memori, pencapaian membanggakan dan kemunculan bakat baru yang bakal mewarnai masa depan sukan negara.
Mereka juga sememangnya bersedia untuk melonjak ke pentas lebih tinggi.
Selain itu, aksi balapan yang sememangnya mencuri tumpuan ramai -- acara 100m lelaki dan wanita menyaksikan Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira unggul di kelas tersendiri untuk melakar detik emas.
Sorotan turut datang daripada acara renang dan memanah.
Keupayaan luar biasa wakil perenang daripada mahasiswa, Hii Puong Wei, yang memungut tiga emas mengangkat dirinya untuk dianugerahkan gelaran Olahragawan.
Sementara itu, nama Nur Nisa Alia Muhammad Radzif diukir sebagai Olahragawati apabila panahan sempurna atlet MASUM tersebut berakhir dengan empat emas di dalam genggaman.
"Bakat MASUM dicungkil melalui beberapa siri kejohanan untuk dibawa ke Sukma (Sukan Malaysia).
"Selain itu, komitmen pengurus dan jurulatih terhadap atlet," kata ketua kontinjen MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia), Profesor Dr. Mohamad Ismail.
Bukan sekadar kejayaan mengelola kejohanan, namun temasya ini lebih bermakna buat MASUM yang menyaksikan kontinjennya muncul sebagai kuasa dominan dengan 43 kutipan emas, hanya satu emas membezakan antara mereka dan kontinjen MSSM.
Secara keseluruhannya, selain menjadi platform menggilap bakat baru, SIMPA kali ini berjaya membuktikan pelajar juga berupaya bersaing dengan prestasi luar biasa.
"MASUM sendiri merangka program tersusun untuk pastikan kejuaraan," katanya.
"Sasaran kami telah dicapai. Bakat yang dibentuk dari sekolah disambung pula ke peringkat pengajian tinggi.
"Jadi kesinambungan itu ada," Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Fazidah Mustafa.
Power Up Dengan Milo

Bersama Mencipta Juara Baru
Milo jadi sebahagian perjalanan atlet muda, dari latihan harian hingga ke pentas besar.
Power Up Dengan Milo