Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Silat Antarabangsa Premier Sarawak: Skuad negara bergelar juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat-premier-sarawak.jpg
Skuad silat negara melakar sejarah tersendiri dalam Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.

Kejohanan yang julung kalinya diadakan itu menyaksikan Malaysia menutup tirai kejohanan dengan pungutan 11 pingat emas, dua perak dan dua gangsa.

Skuad tuan rumah, Sarawak, muncul naib juara selepas memungut sembilan emas, sembilan perak dan sembilan gangsa.

Dalam pada itu, skuad silat Singapura pula menamatkan saingan di kedudukan ketiga dengan pencapaian lapan emas, 10 perak dan lima gangsa.

Selaku juara, skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM89,000 manakala Sarawak pula meraih RM17,000.
 

Advertisement

Must Watch Video