Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Pahang tebus duka edisi lalu, sambar emas hoki lelaki di Klang

d

Pahang kembali menguasai acara hoki lelaki di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas menumpaskan Pulau Pinang 4-2 menerusi penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Pandamaran, Klang, semalam.

Muhammad Nor Daniel Md Nor Effendy meletakkan Pahang di depan seawal suku pertama namun Kryshant Jiwa Mohan menyamakan kedudukan buat Pulau Pinang pada suku kedua.

Kedudukan itu terus terikat hingga memaksa perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Ketenangan skuad Tok Gajah menyempurnakan pukulan penalti menjadi pemisah antara mereka dan lawan sekali gus berjaya menutup aksi final dengan kemenangan.

Kejayaan itu turut menebus kehampaan Pahang dalam temasya SUKMA edisi lalu apabila terpaksa akur selaku naib juara selepas tumpas kepada Perak, juga menerusi penentuan pukulan penalti.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement