Apakah bakal ada pengumuman rasmi cuti peristiwa buat rakyat Selangor bersempena dengan kemenangan tuan rumah di Sukan Malaysia (Sukma) 2026?
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Threads, keputusan berkenaan pengumuman rasmi itu akan dibuat di Majlis Penutup Sukma 2026 yang di jadual berlangsung di Aneka Walk, Seksyen 14 Shah Alam malam ini.
Tuan Rumah, Selangor menamatkan temasya Sukma 2026 dengan nota kejayaan -- muncul juara keseluruhan dengan 101 pingat emas, 73 perak dan 71 gangsa sekali gus lepasi sasaran 80 pingat emas!
Kali terakhir Selangor raih 80 pingat emas pada ketika muncul juara Sukma edisi 1998 -- 28 tahun lalu.
UPACARA PENUTUP SUKMA 2026: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING)
Tarikh: 24 Ogos 2026
Saluran: Astro Arena 801
Masa: Bermula 8.50 PM
Venue: Aneka Walk, Shah Alam, Selangor
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!