Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Saya sasar dapat sertai skuad kebangsaan, saya sudah buktikan -- Haziq Najib

ff

'Saya bersedia!'

Itu laungan perseorangan badminton Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, Muhammad Haziq Mohd Najib, yang berjaya mengenepikan cabaran pemain Remaja Kebangsaan, Ayu Fu Sheng, yang mewakili Negeri Sembilan, hingga berjaya muncul juara perseorangan lelaki temasta dwitahunan itu.

Haziq hadir ke temasya SUKMA kali ini dengan status selaku Juara Kebangsaan B-21 2026 -- kali ini dia sekali lagi mencipta kejutan dengan muncul juara perseorangan lelaki SUKMA 2026 buat julung kalinya.

Bagi Haziq, persembahannya hari ini membuktikan bahawa dia mampu bersaing bersama barisan pemain remaja kebangsaan dengan harapan tinggi kali ini untuk kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di mana dia sentiasa bersedia jika dia dipanggil menyertai skuad negara.

"Gementar, saya terus bersemangat dan tidak fikir apa dah. Saya tidak jangkakan mampu bergelar juara. Saya cuma lakukan apa yang saya sudah usahakan, sasaran saya untuk masuk sertai skuad kebangsaan.

"Saya sudah buktikan dalam tiga kejohanan saya beraksi, saya bergelar juara. Jadi, saya tunggu jawapan mereka." katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement