Skip to main content

Permotoran

SIC janji kejutan dalam GP Malaysia

26916razlan.jpg
"Kejutan buat semua pasukan," itu janji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, dalam penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia, hujung minggu ini.

Pada awal tahun ini, SIC ditutup sementara untuk kerja-kerja penurapan litar yang menggunakan permukaan "asphalt".

Razlan berkata perubahan terhadap permukaan litar akan memberi kelainan buat setiap pasukan yang mengambil bahagian dan masing-masing belum mendapat butiran terperinci, termasuk jenis tayar sesuai yang perlu digunakan.

Katanya, permukaan "asphalt" itu tidak pernah digunakan di litar lain dalam kalendar perlumbaan musim ini.

"Saya yakin ia satu perubahan bagi mereka (pelumba) sebab ada banyak pertukaran di beberapa selekoh, yang akan memberi kejutan kepada mereka.

"Ada beberapa masalah teknikal, terutama pada selekoh sembilan, iaitu masalah utama. Sebenarnya, apa yang saya telah diberitahu oleh perunding ia adalah masalah yang wujud sejak 1999. 

"Tetapi kami memantau hari ke hari, kedua-dua perunding dan kontraktor sedang membetulkan masalah tersebut."

Selain itu, SIC turut mempunyai kemudahan baharu, iaitu paddock kedua di bahagian selatan litar berkenaan.

Ia bakal dibuka buat julung kalinya untuk perlumbaan sokongan seperti GP2 dan GP3 semasa saingan F1 berlangsung nanti.

SIC juga menaik taraf kemudahan hospitaliti buat pasukan di bahagian paddock utama bagi keselesaaan krew pasukan dan juga pelumba.

Selain F1, Kejuaraan Dunia MotoGP pada Oktober depan turut menjadi cabaran terbesar yang menanti di litar berkenaan.

Advertisement

Must Watch Video