Maria Sharapova kesal 52 kesilapannya memberi kesan hingga membawa kepada kekalahannya dalam pusingan pertama Terbuka Qatar, hari ini.
Bekas pemain nombor satu dunia dan juara dua kali di Doha itu membuat penampilan pertamanya dalam kancah itu dalam tempoh lima tahun, namun kelibatnya berakhir dengan kekecewaan berikutan kebangkitan Monica Niculescu sebelum menang 4-6, 6-4, 6-3 .
Sharapova mempamerkan aksi hebat dalam set pembukaan. Bagaimanapun, permainannya mula merosot apabila melakukan kesilapan demi kesilapan dan kesempatan itu diambil Niculescu untuk merakamkan kejutan pada hari pembukaan, sekaligus memaksa Sharapova untuk memberikan penilaian jujur terhadap prestasinya.
"Saya fikir saya melakukan tugas yang sangat baik dalam set pertama dan separuh permainan, namun ia belum memadai untuk memenangi perlawanan," kata Sharapova.
"Saya beraksi baik dalam permainan rali yang panjang dan ia bukanlah seperti yang saya hajati.
"Secara fizikal saya berasa baik, saya baru sahaja kembali dan akhirnya membuat terlalu banyak kesilapan.
"Saya perlu menonton semula rakaman dan melihat mengapa saya mula kembali ke garisan belakang dan tidak bergerak ke hadapan, tidak meningkatkan kepantasan ke atasnya."
Niculescu berpeluang berjumpa dengan pilihan utama, Caroline Wozniacki, dalam pusingan ketiga tetapi harus terlebih dahulu mengatasi rintangan Magdalena Rybarikova atau Fatma Al Nabhani.
Agnieszka Radwanska, yang pernah mara ke separuh akhir sebanyak lima kali, mensia-siakan sembilan mata akhir sebelum akhirnya menewaskan Mona Barthel 3-6, 6-3, 7-5.
Pilihan ketujuh, Caroline Garcia, akan menghadapi Dominika Cibulkova selepas dia berjuang melepasi Anastasia Pavlyuchenkova -- pemain Slovakia itu memenangi tie break 10-8 dalam set pertama sebelum menamatkan permainan 6-4.
Saingan awal juga menyaksikan kemenangan straight set buat Duan Ying-ying, Miheala Buzarnescu, Ekaterina Makarova dan pemain kelayakan, Anna Blinkova, manakala Naomi Osaka berjuang dengan kesakitan belakang untuk mengalahkan Katerina Siniakova 6-4, 6-0.
Cici Bellis juga lolos kerana Daria Kasatkina terpaksa menarik diri selepas ketinggalan 7-5, 4-1 akibat masalah leher berikutan pemain dari Russia itu terjatuh dalam set pertama.