Skip to main content

Sukan

SHAPAWI TAK PUAS KERJA!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sha-awi.jpg
"Saya masih nak bantu atlit, saya masih boleh bekerja"

Ringkas respon mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, ketika kami berbual mesra pada sesi rakaman program Aidilftiri. Dari riak wajahnya terpancar semangat mahu terus membantu sukan Malaysia.

Saya yang duduk bersebelahan dan bertentangan dengan mantan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin tekun mendengar harapannya untuk membawa YAKEB kepada satu lagi tangga pencapaian hebat.

"Saya nak letakkan bekas atlit di depan YAKEB, mereka perlu ke hadapan". Itu antara langkah pertama yang mahu dilakukan Shapawi yang sudah pun menjejaki usia 62 tahun. Semangatnya sama seperti ketika dia memimpin Majlis Sukan Negara, cuma dia sedikit kurus.

"Saya tak suka main golf, macam orang pencen yang lain". Ia jadi kemungkinan 10 peratus daripada alasan kenapa Shapawi mahu terus fokus kepada kepimpinan sukan. Ikutkan dia boleh saja duduk goyang kaki di rumah, melayan 2 orang cucu sambil memikirkan ke mana destinasi untuk bercuti.

Tetapi individu beginilah yang selayakkanya memimpin YAKEB. Semoga Datuk Ahmad Shapawi Ismail terus diberikan kesihatan yang baik utnuk terus menabur bakti.

Advertisement

Must Watch Video