Skip to main content

Sukan Lain

Shah Firdaus terlepas podium elak kemalangan

shah-firdaus.jpg
Shah Firdaus Sahrom meraih tempat kelima dalam Kejohanan Berbasikal Trek Negara-Negara di Glasgow, dua hari lalu. 

Dalam aksi final itu, Shah Firdaus terlepas podium akibat pelanggaran dalam pusingan terakhir.

"Dari awal perlumbaan memang mencabar buat saya kerana berdepan nama-nama besar di peringkat saringan. 

"Alhamdulillah saya dapat mara ke final. Saya berpeluang ke podium sebab ketika itu saya, Harrie Lavreysen dan seorang pelumba Colombia sedang memecut untuk memotong. Tapi dalam pusingan terakhir berlaku dua pelanggaran dan ia merencatkan pecutan itu. 

"Saya bersyukur dapat elak pelanggaran itu. 
"Keselamatan adalah penting sebab akan ada banyak lagi perlumbaan selepas ini," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video