Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, memberi bayangan bakal ada rombakan dalam barisan kejurulatihan skuad kebangsaan menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM yang dijangka berlangsung bulan depan.
Jika perlu, badan itu tidak menolak kemungkinan untuk membawa masuk tenaga pengajar dari Thailand untuk bergandingan dengan jurulatih tempatan bermula musim hadapan.
Sumali dalam perkembangan sama turut mengakui PSM berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan barisan kejurulatihan skuad negara yang diketuai Ahmad Jais Baharun yang membimbing pasukan sejak Februari lalu.
"Dia baru dilantik lebih kurang setahun sebagai ketua jurulatih. Dia perlukan masa untuk nilai pemain di pelbagai sudut dan mungkin masanya terlampau singkat.
"Kalau perlu kami adakan kombinasi jurulatih untuk membantunya. Kalau sampai satu tahap (andai) kami perlukan gabungkan jurulatih Thailand dengan Ahmad Jais, kami akan buat tapi setakat ini kami berpuas hati dengan Ahmad Jais.
"Saya tidak pernah campur urusan pemilihan pemain cuma saya setakat berikan cadangan sahaja.
"Saya memang ikut keputusan jurulatih," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Untuk rekod, kontrak kesemua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan bakal berakhir pada 31 Disember 2023.