Pasukan Urutan Malaysia telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul pingat Emas dalam kategori Spa and Wellness Massage (International Division) pada Kejohanan European Massage Championship 2025 yang berlangsung di Perancis dari 23 hingga 25 Mei 2025.
Kejayaan ini merupakan pencapaian luar biasa kerana ini adalah kali pertama pasukan urutan menghantar pasukan malaysia menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa ini.
Kejohanan tersebut merupakan edisi kelima European Massage Championship dan telah menghimpunkan seramai 271 peserta dari 49 buah negara. Pertandingan ini diiktiraf sebagai antara pentas tertinggi dalam bidang terapi urutan profesional di Eropah.
Ia turut menyaksikan penyertaan ramai bekas juara dunia dan pakar urutan terkemuka dari seluruh
pelusuk dunia, pencapaian pasukan Malaysia memperolehi 1 pingat emas sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan.
Pasukan Urutan Malaysia terdiri daripada 14 orang pengamal urutan profesional tempatan yang bertanding dalam pelbagai kategori termasuk urutan asian, urutan sukan, urutan muka, urutan spa dan wellness dll.
Kebanyakan ahli pasukan ini mempunyai pusat urut sendiri atau pusat spa di Malaysia. Kemenangan pasukan Malaysia dalam kategori spa dan wellness massage membuktikan tahap kompetensi tinggi para peserta negara yang mampu bersaing di peringkat global.
Selain mengharumkan nama negara, penyertaan ini turut membuka ruang untuk mempromosikan kemahiran urutan Malaysia sebagai salah satu bentuk rawatan alternatif yang saintifik, teknik yang berkesan dan berakar dari budaya serta warisan tempatan.
Keterlibatan dalam kejohanan seperti ini juga mampu melonjakkan industri spa dan terapi di Malaysia ke tahap antarabangsa.Nama spa di Malaysia mula di kenali seperti bakawali spa, paksu den spa, q rose spa dan lain lain.
Penganjuran kejohanan ini turut menyediakan platform untuk pertukaran ilmu, teknik dan pendekatan terkini dalam bidang urutan antara peserta dari pelbagai latar belakang profesional dan budaya serta pelbagai negara.
Ia memberikan nilai tambah kepada pasukan Malaysia untuk mempertingkatkan pengetahuan dan teknik melalui jaringan profesional antarabangsa.
Kejayaan ini perlu dilihat sebagai peluang strategik untuk Malaysia menempatkan diri dalam ekosistem urutan dan wellness dunia. Sokongan yang berterusan daripada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta agensi berkaitan diharapkan dapat membantu memperkukuh penyertaan Malaysia dalam kejohanan peringkat Asia, Eropah dan Dunia pada masa akan datang.
Diharapkan kejayaan ini menjadi titik tolak kepada pengiktirafan lebih meluas terhadap industri urutan profesional di Malaysia. Ia bukan sahaja mampu membuka peluang kerjaya baharu, malah berpotensi menyumbang kepada pelancongan kesihatan negara secara bersepadu sekaligus meningkat ekonomi negara dan Malaysia kian dikenali di persada dunia.
Ts. Dr, Hadafi Fitri Mohd Latip
Pensyarah Kanan Sains Sukan UTM,
Fakulti Sains Pendidikan Dan Teknologi (FEST)