Tiga kejohanan utama tahun ini akan menjadi ujian terhadap kredibiliti ketua jurulatih baru skuasy negara, Ajaz Azmat, yang telah dilantik oleh Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) bagi menggantikan Peter Genever.
Kejohanan Individu Asia, Kejohanan Individu Remaja Dunia dan Sukan SEA Filipina bakal menjadi taruhan Ajaz untuk memastikan pencapaian terbaik anak buahnya mampu diraih.
Sudah pasti dia menginginkan kilauan emas terhasil dalam dua kejohanan itu yang menyaksikan Malaysia bakal menjadi tuan rumah selain Sukan SEA yang dilihat misi wajib menang, khususnya dalam acara individu lelaki dan wanita.
Bekas pemain Pakistan itu berharap barisan atlet mampu menerima corak latihannya dengan terbuka selepas tujuh tahun mereka bersama Genever.
"Kejohanan Asia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur menjadi tugas pertama kami dan saya berharap skuad negara dapat meraih kemenangan. Beraksi di laman sendiri akan melonjakkan peluang untuk melakar kejayaan," kata Ajaz.
Ranking atlet turut menjadi keutamaan Ajaz ketika ini, khususnya membabitkan pemain muda, Ng Eain Yow, untuk dia mampu mencecah ranking ke-30 terbaik dunia sebelum berakhir tahun 2019.
"Saya meletakkan sasaran untuk memperbaiki ranking Eain Yow. Sementara itu, Aifa Azman turut berpotensi untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia."