Skip to main content

Sukan Lain

Semua dibina atas semangat anak Malaysia -- Hannah Yeoh julang atlet karate negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akf.jpg
Meskipun kali pertama beraksi dalam Kejuaraan Kejohanan Karate Asia (AKF) bagi kategori junior dan bawah 21 tahun (B-21), ia telah membanggakan negara dengan membawa pulang enam pingat.

1) Lalitaanjali Ravindran – Perak Cadet Kumite Perempuan -54kg
2) Muhammad Arif Hafizi – Perak U21 Kata Lelaki
3) Abdul Rayyan Bin Shah Zulfaqqar – Perak Cadet Kata Lelaki
4) Adeola Fay Robert – Gangsa U21 Kumite Perempuan -55kg
5) Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi – Gangsa Junior Kata Perempuan
6) Mukhriz Mazlan – Gangsa Junior Kata Lelaki

"Mereka datang daripada latar belakang berbeza tetapi mereka membawa bendera yang sama. 

"Dalam gelanggang karate, mereka berdiri sebagai satu pasukan Malaysia.

"Sedar atau tidak, inilah wajah sebenar karate kita di mana, gelanggang perpaduan yang tidak pernah dimonopoli oleh mana-mana kaum tetapi dibina oleh semangat semua anak Malaysia," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Facebook.




Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Dr. Nur Azmi Ahmad, menegaskan program akar umbi yang telah berjalan menghasilkan atlet berbakat, termasuk sokongan besar badan berwajib.

"Dikirakan percapaian terbaik tahun ini susulan pogram pembangunan dan akademi karate telah memberi banyak pluang kepada semua atlet tidakk kira umur, bangsa dan negeri.

"Semua boleh mengharumkan nama negara.

"Sokongan kuat Menteri Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) karate Malaysia tidak mahu ketinggalan mengukir nama demi negara.

"Persiapan Sukan SEA tahun ini kami akan campurkan atlet terbaik podium dan pembangunan ke tasmaya ini kerana pingat emas sasaran kami," katanya.
Supplement

Kekuatan Dari Dalam

Bantu tubuh kekal bertenaga & fokus, sama ada untuk latihan harian atau hari pertandingan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video