Sebanyak 2000 pemain daripada 104 pasukan ragbi bakal bersaing dalam Kejohanan Selangor Touch Fiesta 2025 dari 15 hingga 17 Ogos depan di Hevea Arena, Sungai Buloh, Selangor.
8 kategori dipertandingkan terdiri daripada lima kategori junior/belia dan tiga kategori terbuka iaitu lelaki, wanita dan juga campuran.
Lebih menarik, kejohanan yang buat julung kalinya dianjurkan itu juga bakal menyaksikan penglibatan lapan pasukan luar negara, masing-masing dari Singapura, Brunei dan Filipina.
"Demi memastikan bakat-bakat sentiasa ada, kita perlukan penganjuran yang baik.
"Ini sukan yang baru dan belum melalui pembangunan yang menyeluruh.
"Jadi usaha ini adalah inisiatif negeri untuk sediakan platgform bagi mencungkil bakat, tonjolkan potensi sukan ini dan seterusnya matlamat yang boleh dicapai," kata Setiausaha Persatuan Touch Selangor, Amir Afifuddin Amir Sharifudin.