Menguruskan kes cirit-birit merupakan antara tugas Sekretariat Kontinjen Malaysia yang dibarisi pegawai Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan kelancaran 418 atlet negara mencabar Sukan Asia Indonesia 2018.
Sekretariat Malaysia diwujudkan setiap kali sukan bertemasya dilangsungkan dan antara tugas
utamanya adalah menguruskan penyertaan atlet, pengangkutan, pusat pengumpulan maklumat dan
masalah peribadi bagi memastikan mereka tidak berdepan masalah setiap kali beraksi.
"Kami uruskan segala pergerakan kontinjen, bermula dari lapangan terbang sehingga ke urusan
pengesahan atlet.
"Semua urusan seperti tempahan kenderaan daripada pengurus setiap pasukan akan kami bantu.
Setiap malam akan diadakan perjumpaan melibatkan ketua kontinjen dan semua atlet untuk
menjelaskan sebarang perkara yang berbangkit," ujar pegawai Sekretariat Malaysia, Nordiana
Hassan.
Setakat ini, seramai 418 atlet negara sudah mendaftar dalam Sukan Asia 2018.
Bagaimanapun, jumlah itu akan berkurangan jika Malaysia gagal menyertai acara regu sepak
takraw.