Jurulatih badminton pekak negara, Sabrina Chong, mengakui melatih pemain pekak negara perlu memiliki tahap kesabaran tinggi dan pendekatan di dalam dan di luar gelanggang.
Tugasnya ibarat keluarga kepada pemain, mendekati mereka dan memastikan mereka menggunakan duit dengan betul dan mendapat rehat yang mencukupi sebelum turun ke gelanggang.
Apabila bunyi tidak lagi bersama pemain, mata memainkan peranan penting dengan menggunakan medium bahasa isyarat sebagai komunikasi.
Malaysia dalam usaha mempertahankan dua kilauan pingat emas yang diraih pada temasya SEADeaf 2022 di mana kontinjen negara muncul juara keseluruhan dengan 15 emas mengatasi Indonesia dengan 10 emas dan Singapura dengan enam emas.
"Cara mereka meluahkan emosi berbeza. Membantu mereka dengan sebaik mungkin amat penting untuk memastikan prestasi mereka tidak terjejas. Jadi saya belajar untuk berkomunikasi seperti atlet-atlet sebagai langkah membantu mereka di dalam serta di luar gelanggang," katanya.
"Pengurusan di luar gelanggang amat penting kerana atlet ini berbeza daripada atlet normal, mereka perlu diberikan bantuan bagi memastikan prestasi mereka sewaktu beraksi nanti tidak terjejas."