Tangisan Nur Andrina Zainudin menggambarkan keperitan hidup yang terpaksa ditempuhi.
Ayahnya merupakan seorang petani, manakala ibunya pula bertugas sebagai pembantu restoran.
Dia mengkui bukan mudah untuk menjadi seorang atlet pekak, tangisan yang hadir dari pelari berusia 20 tahun itu ketika ditemu bual menceritakan 1001 kisah impian menggunungnya dalam mengubah nasib keluarga menerusi sukan.
Atlet dari Pendang, Kedah, itu tetap bersemangat mendapatkan pingat emas saingan 100 meter acara reben biru SEA Deaf Jakarta sebaik mendapat tonik daripada jurulatihnya yang meletakkan harapan penuh kepada Nur Andrina demi merealisasikan sasaran kontinjen.
Melihat kemampuan luar biasanya dalam sukan olahraga, ibu dan bapanya memberi sokongan penuh kepadanya untuk berjuang sehabis baik dalam apa jua yang diceburinya.
"Kami memang keluarga sangat susah, seluruh keluarga saya semuanya memberi galakan.
"Saya yakin untuk memenangi emas dan tengoklah keadaannya pada hari pertandingan nanti," menurutnya melalui penterjemah di Nadi Arena.