Selepas 12 tahun akhirnya 'Score Marathon Putrajaya With AIA' muncul acara marathon kedua di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai 'World Athletics Road Races Label 2025'.
Acara itu juga menjadi platform untuk kelayakan 'World Marathon Majors' kepada semua pelari yang ingin melayakkan diri ke dalam tujuh acara marathon utama dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Score Sports Management, Patricia Tan, acara kali ini menjadi antara yang terbesar dengan lebih 33,000 peserta menyertai dan dia berharap mereka mampu mencapai jumlah 40,000 penyertaan dalam edisi akan datang.
"Tahun lepas terdapat 25,000 peserta, jadi kami mahu teruskan dan letak sasaran 33,000 peserta dan dapat capai sasaran itu.
"Tahun depan kami berharap lebih ramai akan turut serta, misi kami adalah menggalakkan kehidupan seharian yang sihat." tambahnya," katanya.
Dalam pada itu, bekas Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin, yang menyertai acara 21KM, berasa gembira melihat kemeriahan score marathon yang menjadi antara acara marathon terbaik di Malaysia.
"Ini marathon terbaik di Malaysia dan telah wujud sejak saya jadi Menteri KBS, penglibatan semakin ramai. Ini yang terbesar di Malaysia." tambahnya.