Skip to main content

Bola Sepak

Kuching City, Penang seksa lawan dalam masa kecederaan

ll

Ronald Ngah Wanja menyambut hari jadinya sebagai wira tiga mata Kuching City ketika membenam Melaka 3-2, sebentar tadi.

Petrus Shitembi -- yang terlebih dahulu mengarahkan agar rakan sepasukannya lebih cermat dalam soal hantaran -- mencipta hantaran lintang yang ditanduk Ngah Wanja untuk kemenangan Liga Super di Stadium Hang Jebat.

Terdahulu, Jerome Etame meletakkan barisan kendalian Aidil Sharin Sahak itu di depan menerusi satu voli deras yang melepasi penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat.

Kad merah terhadap pertahanan, Yuki Tanigawa, sebelum melewati sejam permainan menyukarkan usaha pelawat untuk menambah jaringan.

 

 

 

Dan situasi itu dimanfaatkan Do Dong-hyun melalui sepakan percuma, hanya beberapa minit kemudian terpaksa berputih mata gara-gara ketajaman Ngah Wanja.


Dalam aksi petang tadi, Penang melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Kelantan Red Warrior di Stadium Bandaraya -- juga melalui tandukan ketua pasukan, Stefano Brundo, dalam masa kecederaan, sekali gus memberi ruang kelegaan buat jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail, yang terdesak memburu kemenangan pertama. 
 

Sementara itu, Terengganu pulang dengan satu mata dari Kangar apabila mengikat Star City 1-1. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement