Skip to main content

Maraton

UTMB 2026: Kecederaan tak halang Michelle Ng panjat podium 50km

x

Pelari denai negara, Michelle Ng, mengukir sejarah tersendiri apabila muncul pelari pertama negara menaiki podium dalam saingan Malaysian Ultra-Trail (UTMB) 2026 di Dataran Warisan Taiping hari ini.

Beraksi dalam kategori MY50, Michelle mengesahkan gelaran naib juara selepas menamatkan larian 50 kilometer itu dengan catatan masa 7 jam 29 minit 38 saat.

Meskipun terpaksa berdepan kesakitan akibat kecederaan buku lali yang dialami minggu lalu serta saingan sengit pelari antarabangsa, konsistensi larian mengikut rentak sendiri menjadi kunci utama kejayaannya.

Kejayaan ini nyata berbaloi selepas dia mengorbankan segalanya demi komitmen latihan terutama setiap hujung minggu.

"Setiap hari saya kena berlatih dengan gigih.

"Selain itu, ada juga pengorbanan; saya rasa saya banyak mengorbankan masa lapang demi memastikan sasaran latihan mingguan tercapai.

"Jadi, pada hujung minggu, biasanya agak susah nak ajak saya keluar makan, sebab masa itu saya akan berada di kawasan hutan untuk berlatih larian denai," katanya,

Catatan masa itu turut memperbaharui rekod peribadinya, memotong hampir tiga jam berbanding catatan yang dilakukannya tiga tahun lalu dalam kejohanan di Bentong.

"Sebenarnya saya jangka pun sebab semalam saya tengok pengenalan pelari elit, mata UTMB pun sangat tinggi.

"Jadi saya tidak menaruh harapan tinggi, lagipun pergelangan kaki saya terkehel minggu lalu," katanya lagi.

Pelari China, Wang Dayu, muncul juara kategori berkenaan selepas merakam masa 6 jam 23 minit 53 saat.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement