Pemain profesional negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, bakal berhitung dengan pemain di ranking ke-33 dunia dari Singapura, Jason Teh, untuk merebut Terbuka Vietnam esok.
Pemain perseorangan itu mengatur langkah ke perlawanan akhir selepas mengenepikan wakil profesional dari Jepun, Minoru Koga, dalam aksi tiga set di Bandar Ho Chi Minh hari ini.
Aidil Sholeh bangkit menawan dua set terakhir 21-15, 21-17 selepas tersungkur 14-21.
Kemaraan itu secara tidak langsung mencerahkan peluangnya untuk menamatkan kemarau 18 bulan tanpa trofi menerusi kejohanan bertaraf super 700 tersebut.