Sarawak diumumkan sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) yang dijadualkan berlangsung pada 2024.
Pemilihan itu selepas meraih persetujuan ahli-ahli apabila memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.
Selepas penganjuran di Sarawak, MSN akan menganjurkan edisi 2026 seterusnya Kelantan pula menjadi tuan rumah Sukma 2028.
Sebanyak 28 jenis sukan wajib akan dipertandingkan dalam edisi dwi-tahunan 2024 itu sementara Sarawak diberi pilihan untuk turut menambah lagi empat sukan iaitu tinju, muay thai, petanque dan e-sukan.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, kecuali velodrom, semua fasiliti sukan lengkap dan berada dalam keadaan baik untuk penganjuran ini.
"Kami pernah adakan berbasikal trek dalam Sukma 2016.
"Untuk trek (laluannya) kami buat di lebuh raya tapi tidak berpusing-pusing.
"Tapi berbasikal berbukit dan lebuh raya sudah ada.
"Kerajaan negeri memang sudah ada perancangan untuk (mewujudkan) velodrom.
"Insya-Allah kalau diberi wang untuk mengadakan Sukma lagi, mungkin 4-5 tahun lagi velodrom Sarawak sudah ada," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dipengerusikan Menteri Belia Sukan Hannah Yeoh, di Putrajaya hari ini.