Kejohanan Memanah Peringkat Ketiga Piala Asia di Taiwan bulan depan menjadi sandaran buat pemanah compound negara, Alang Aqil Muhammad Ghazali, untuk meraih rentak pertandingan sebelum menghadapi Sukan Asia.
Kekurangan pertandingan yang disertai oleh pemanah compound menyaksikan mereka ketiadaan suasana kompetitif.
Bahkan dalam sesi latihan sendiri, Aqil mengakui sukar untuk mencari rentak pertandingan, sebaliknya ia lebih dimanfaatkan untuk memperbaiki teknik panahan.
Lantas, saingan Piala Asia di Taiwan dari 9 hingga 12 Julai nanti amat dinantikan.
"Tiada saingan buat pemanah compound ketika menjalani latihan di dalam negara dan kami berharap kejohanan luar negara mampu meningkatkan prestasi kami," kata Aqil.
Di sebalik ketiadaan jurulatih tetap untuk bahagian compound, Aqil menghargai sumbangan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Lee Jae Hyung, sambil dibantu Wan Khalmizam Wan Abd Aziz meskipun mereka mengendalikan pemanah recurve.
Mengulas mengenai peluangnya di Jakarta nanti, Aqil yakin dapat menyumbangkan sesuatu buat skuad memanah negara.
"Saya berharap untuk menghadirkan pingat untuk negara dalam penampilan pertama dalam Sukan Asia," ujarnya.