Atlet taekwondo negara, Rozaimi Rozali, kini menjalani latihan bersendirian selepas Majlis Sukan Negara (MSN) tidak melanjutkan kontrak jurulatih dari Korea Selatan, Kim Hong-gon.
Di bawah kendalian Hong-gon, Rozaimi berjaya meraih emas acara kurigi bawah 68 kilogram dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Bagaimanapun, kontrak jurulatih itu yang tamat Disember lalu, tidak dilanjutkan MSN dan atlet kelahiran Johor itu terpaksa berlatih sendirian dan kadang-kala bersama atlet pelapis.
Rozaimi mengakui ia bukan mudah untuk berlatih sendiri, apatah lagi dia bakal beraksi dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan.
"Agak terkesan buat saya tetapi saya meneruskan latihan saya bagi membuktikan kebolehan sukan taekwondo mencipta kejayaan yang lebih tinggi," katanya.
Rozaimi berharap Taekwando Malaysia dan MSN dapat mencapai kata sepakat dalam mendapatkannya seorang jurulatih dalam masa terdekat.
Sebelum Sukan SEA lalu, Rozaimi menjalani latihan sebulan di Korea Selatan yang membolehkannya meraih emas.
"Setakat ini, terdapat pertandingan di luar negara pada bulan Februari serta beberapa lagi kejohanan bagi memastikan saya kekal berada pada tahap terbaik," katanya.