Perenang negara, Tern Jian Han, menganggap rekod kebangsaan yang dicatatnya dalam separuh akhir semalam sudah berbaloi walaupun mengakhiri aksi final 50 meter kuak lentang Sukan Komanwel Gold Coast itu di tangga terakhir.
Jian Han gagal menyerlah dalam perlumbaan akhir apabila menamatkan saingan di tempat kelapan dengan catatan masa 25.96 saat tatkala perenang tuan rumah mengungguli podium secara keseluruhan.
Namun, itu tidak bermakna ia pencapaian terburuk Jian Han kerana kejayaan memecahkan rekod kebangsaan berusia 16 tahun yang dipegang Alex Lim Keng Liat itu membuktikan kerja kerasnya selama ini berbaloi.
"Pencapaian saya jauh lebih meningkat berbanding empat tahun lalu. Saya dapat masuk ke final, itu membuatkan saya gembira," katanya.
Sementara itu, seorang lagi perenang negara, Chan Jie, yang meraih tempat keenam dalam separuh akhir 100m kuak kupu-kupu, kecewa dengan aksi yang ditampilkan kerana gagal memperbaharui catatan peribadi terbaik 54.10s dengan sekadar mencatat 54.56s.
"Tidaklah bagus kerana saya agak penat di dalam air. Mungkin saya tidak dapat sesuaikan diri dengan suasana dan tekanan di sini," kata Chan Jie.