Khiew Hoe Yean meleburkan rekod kebangsaan yang juga miliknya sendiri bagi acara 800 meter gaya bebas dalam Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun, hari ini sekalipun ia bukanlah acara kegemarannya.
Dia tetap berpuas hati di tempat ke-29 dengan pencapaiannya berdasarkan pesaing-pesaing terhebat yang lain.
Dengan catatan 8:05.11 saat, Hoe Yean bukan sahaja mencatat rekod kebangsaan malah turut merekodkan catatan peribadi.
Bagaimanapun, Hoe Yean dan seorang lagi perenang negara, Andrew Goh, yang beraksi dalam acara 50 meter kuak dada gagal layak ke suku ke separuh akhir.
"Saya berasa OK dan teruja untuk menghadapi kejohanan seterusnya dalam Kejohanan Universiti Dunia di China.
"Ia pengalaman yang baik buat saya memandangkan ini penyertaan kedua saya di pentas dunia.
"Masih banyak yang perlu saya pelajari daripada perenang berkelas dunia dalam usaha mampu bersaing dalam kalangan mereka," kata Hoe Yean di Astro Arena sebentar tadi.
Dalam pada itu, pemenang pingat gangsa bagi acara 400 meter rampaian Sukan SEA Kemboja, Jayden Tan, menjadikan Kejohanan Dunia sebagai pentas buatnya melihat kemampuan sebenar menjelang Sukan Asia bulan depan.
"Saya sentiasa menyasarkan catatan peribadi terbaik.
"Pasti akan ada fasa turun naik dalam setiap kejohanan dan ia masih menjadi proses pembelajaran buat saya," katanya.