Skip to main content

Sukan Lain

Ramai lagi atlet berpotensi -- Faithal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faithal.jpg
Pemerhati sukan tempatan, Dr. Mohamad Faithal Hassan, menganggap keputusan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam meletak sandaran kepada atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan, untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah tindakan yang kurang wajar. 

Beliau menganggap banyak peluang yang dipersiakan Syakilla selepas tiga bulan berada di Amsterdam dan masih tidak mencapai keperluan untuk menurunkan berat badan. 

Sebaliknya, pemerhati sukan negara itu berpendapat fokus lebih terarah kepada Syakilla walhal peluang harus diberikan kepada atlet berpotensi yang lain bagi mencapai prestasi sepertinya menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Antara yang dipersoalkan adalah impak negatif yang akan ditinggalkan atlet karate itu dan kesannya terhadap atlet pelapis negara kelak. 

"Ini kelemahan kepada pembangunan sukan negara kerana menumpukan kepada seorang atlet. Atlet-atlet lain harus diberikan peluang yang memiliki tahap prestasi yang sama seperti Syakilla," katanya.

Tambahnya lagi, tindakan Syakilla yang tampak membelakangkan tiga badan induk seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seolah-olah mematahkan sistem pembangunan atlet di Malaysia. 

"MSN bertindak menasihati menteri dan sewajarnya menteri mendengar nasihat daripada MSN. Benar, atlet harus diberikan kebebasan tetapi ia haruslah bersifat terkawal," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video