Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: SEMASHUR buktikan kenapa jadi medan hasilkan bakat ragbi negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

semashur.jpg
Sekolah Menengah Sains (SMS) Hulu Selangor (SEMASHUR) membuktikan mengapa mereka ialah juara bertahan apabila menampilkan persembahan memukau ketika bertemu SMS Tuanku Jaafar (STJ) dalam Kumpulan A Super School Rugby 2025 di Ulu Yam, Selangor. 

Sebanyak 12 tries berjaya dicipta oleh SEMASHUR dan ia menarik perhatian peminat yang menganggap perlawanan itu adalah pertarungan paling hebat disaksikan.

Bintang aksi itu pastinya Muhammad Izzul Naufal yang mencipta tiga try, dengan mempamerkan kelincahan atas padang untuk menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan (MVP).

Seorang lagi bintang yang mencuri tumpuan adalah Muhammad Ahzasyafi Afzanizam yang konsisten dalam menyempurnakan conversion sebanyak enam kali selain dua try dalam perlawanan itu.




SEMASHUR, sekali gus memberi peringatan bahawa mereka tidak lekang dengan bakat ragbi terbaik yang mungkin dapat membantu skuad Bunga Raya kebangsaan satu hari nanti.

Keputusan muktamad, 78-0 memihak SEMASHUR, yang akan menghadapi Sekolah Sultan Alam Shah dalam aksi terakhir kumpulan. 

Advertisement

Must Watch Video