Ketua jurulatih Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Hafiy Syazwi Sajali, menegaskan bahawa kunci kejayaan skuadnya dalam aksi pembukaan saingan Kumpulan D, Super Schools Rugby (SSR) bertitik tolak daripada persefahaman dan semangat berpasukan yang tinggi.
"Semua pemain mempamerkan komitmen yang tinggi dalam mencapai kemenangan hari ini, jadi tahniah pemain backline kami. Saya rasa secara keseluruhan mereka bermain dengan sangat baik," katanya.
Sementara itu, kapten pasukan, Affan Ziqry Rahman, pula memuji kelincahan pemain sayap pasukannya iaitu Nur Iqram Zikry Mohd Zaidi yang bijak menggunakan tubuh kecilnya untuk menggelecek pertahanan lawan sekali gus menghadiahkan mata buat pasukannya.
"Winger kami sangat bermotivasi untuk meningkatkan semangat kami yang melakukan kesilapan sama, ia membantu kami untuk lakukan try lebih banyak lagi.
"Kami akan rai jaringan beramai-ramai untuk meningkatkan semangat dengan beraksi di laman sendiri." ujarnya.
SMSS menewaskan SMAD JIWA SK Eagles 19-7 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Padang SMSS di Cheras, hari ini.
Untuk rekod, SMSS merupakan finalis untuk edisi 2013 dan 2016 kejohanan itu manakala SMAD JIWA pula merupakan pendatang baru dalam kejohanan ini.