Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: Maktab Tentera Diraja mohon doa sampai ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rmc.jpg
'Pagi 'berperang' dalam kelas, petang 'bertempur' atas padang'

Itulah cabaran yang terpaksa dilalui pemain Maktab Tentera Diraja (RMC) apabila menduduki peperiksaan awal tahun di sekolah pada sebelah pagi.

Mereka kemudian merintis ranjau berliku menentang Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah pada sebelah petang untuk Kejohanan Super School Rugby 2025.

Hari sukar RMC pada jumaat bagaimanapun, berakhir dengan kemanisan setelah mereka berjaya melakukan kebangkitan dengan menewaskan lawan 23-13.

 

Kejayaan itu juga dibantu hasil sokongan padu 'Ultras RMC' yang sentiasa menjadi kumpulan penyokong paling ramai di setiap venue perlawanan. 

"Kami sememangnya menerima sokongan padu daripada pegawai, pentadbir serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 

"Setiap kali bermain tidak kira di tempat sendiri mahupun tempat lawan, ia sentiasa dipenuhi dengan penyokong RMC meliputi rakan pelajar atau ibu bapa," kata jurulatih, Saiful Rizal Zainol, di Nadi Arena.

"Kami harus membahagikan masa di antara akademik dan sukan. 

"Tolong doakan kami sampai ke perlawanan akhir," kata kapten pasukan, Wan Aqlan Muqree Wan Azizi.
 

Advertisement

Must Watch Video