Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: KL Tigers mara ke pusingan kalah mati dalam penyertaan sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssr.jpg
Kuala Lumpur Tigers Rugby Club mencipta kejayaan tersendiri apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) HOSBA 20-12 dalam perlawanan yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa Oasis, Bandar Rimbayu.

KL Tigers yang berjersi merah merupakan salah satu daripada dua penyertaan pasukan dari kelab ragbi, selain Cobra pada edisi kali ini.

Sebelum aksi bermula, KL Tigers diambang penyingkiran pada penyertaan sulung dalam Kejohanan Super School Rugby 2025, namun percaturan untuk mengutip mata di awal permainan menerusi sepakan jadi pemisah kemenangan dan kekalahan.




Meskipun menyedari, kelebihan kepantasan forward lebih memihak SMK HOSBA, KL Tigers lebih rela bermain mengikut kelebihan fizikal yang dimiliki dan ia membuahkan hasil apabila Isaac Wong melakukan try pertama perlawanan.

Ketika HOSBA sedang rancak mengatur serangan, kepantasan forward, Syahmi Zaman, menoktahkan kemaraan ke pusingan kalah mati menerusi try kedua pasukan di penghujung perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video