Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School: Dulu benci ragbi sebab disiplin ketat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi-muhammad-ibrahim-bakhtiar.jpg
 'Dari benci kepada sayang.'

Itu penyataan paling tepat buat Pemain Terbaik Perlawanan, Muhammad Ibrahim Bakhtiar, ketika pertembungan di antara Cobra Rugby Club (Cobra) dengan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dalam aksi terakhr kumpulan Kejohanan Ragbi Super School 2025.


Hakikatnya empat tahun lalu, Ibrahim tidak pernah ada rasa cinta terhadap sukan ragbi malah perjalanan awalnya dalam sukan ini tidak mudah.

Namanya sering tercicir, namun sifat semula jadinya yang tidak mudah mengalah dengan situasi meletakkan Ibrahim kini sebagai salah pemain yang menjadi tunjang utama SSMP. 

Secara jujurnya, sikap malas menyebabkan saya digugurkan. 

"Saya jadi tidak minat ragbi kerana disiplinnya yang ketat. 




"Selepas melihat aksi rakan-rakan, saya lawan sikap itu," katanya di Nadi Weekend. 

Dalam perhitungan terakhir peringkat Kumpulan Y di Padang Astaka hari ini, SSMP cemerlang untuk mengekalkan kelebihan menerusi kemenangan 26-6, sekali gus muncul juara kumpulan.

Dua try daripada Ibrahim menjadikan jurang makin besar dengan tuan rumah, Cobra, selain kelicikkan dua rakan sepasukannya, Ahmad Amirul Syahirin dan Muhammad Nur Fairuz Izuan, untuk terus melebarkan jurang mata menerusi try kedua pemain ini.

Tiga conversion daripada Airel Nurafifi Azhar cukup untuk menyempurnakan kemenangan SSMP tatkala Cobra hanya berpeluang mencetak penalti dari Muhammad Irfan Azhar dan Muhammad Khalid Rudy.

"Pentas ini dapat memperkenalkan SSMP.

"Pemain saya semakin matang dalam edisi kedua ini," kata jurulatih SSMP, Kapten Yusli Ashan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video