Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Piala Agong: PDRM pertahan kejuaraan dua edisi berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm.jpg
Skuad ragbi PDRM berjaya mempertahankan kejuaraan dua edisi berturut-turut apabila menumpaskan Johor 43-29 dalam perlawanan akhir Piala Agong ke-40.

Ketua jurulatih, Dines-Varan Krishnan, menjelaskan kerjasama sepasukan antara kunci utama kejayaan skuad kendaliannya membenam cabaran Johor. 




"Saya sememangnya percaya kepada pasukan yang bekerja secara bersatu. Saya selalu ingatkan setiap pemain bahawa semua orang adalah satu keluarga, berusaha keras dan tidak menyalahkan orang lain.

"Sentiasa ingat apa yang penting pada masa hadapan kerana ia membantu pemain sentiasa pandang ke depan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video