Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Piala Agong: Kelebihan awal bawa Sabah ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi-piala-agong.jpg
Permulaan garang memastikan Sabah menjinakkan Johor untuk melangkah ke babak empat terbaik Kejohanan Ragbi Piala Agong. 

Sabah tidak tunggu lama untuk tunjuk taring seawal minit ke-12 di UPM Serdang
hari ii dengan try pertama dan momentum positif itu berterusan hingga tamat masa pertama buat Sabah gah mendahului 25-0.

Johor hanya menemui rentak dalam babak kedua dan hasilnya try sulung berjaya dicatat untuk keputusan 5-25.

Dan Johor meneruskan sensasi kebangkitan mereka hingga kedudukan hanya dibezakan enam mata.

Namun, usaha itu nyata sudah terlambat untuk menyekat laluan Sabah ke separuh akhir dengan kemenangan 37-26.

"Dengan maklumat baru daripada pemain import dari New Zealand, kehadirannya telah membantu meningkatkan permainan kami.

"Corak permainan kami kini lebih pantas selain pemain tempatan pula berpengalaman luas dalam kancah tempatan," kata tonggak Sabah, Lawrence Yewn. 

Advertisement

Must Watch Video