Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Liga MSNS-KRS: KL Tigers pertahan gelaran juara benam Cobra

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Kelab ragbi dan bola sepak Kuala Lumpur Tigers mencipta sensasi apabila mengekalkan status juara bertahan dalam final Kejohanan Ragbi Liga MSNS-KRS 2025 dengan menewaskan Cobra 23-15 semalam.

Kapten KL Tigers, Ryan Long, mengakui berdepan saingan sengit bagi skuadnya membenam cabaran lawan kerana gagal mengekalkan komposisi, yang menyebabkan pasukan lawan kembali mengasak dan merapatkan kedudukan.

Begitupun, jarak mata yang agak jauh membolehkan KL Tigers terus berada dihadapan dan kedudukan tersebut kekal sehingga saat terakhir, menyaksikan kejayaan bermakna mengulangi pencapaian edisi lalu.

"Kami mendahului dalam keseluruhan perlawanan tetapi ia bukan aksi yang mudah. Kami sedia untuk beraksi dalam sebanyak mungkin kejohanan," katanya.

"Kita perlu cari lokasi yang lebih baik, kami kesian pada penyokong perlu bawa kerusi sendiri. Kita patut teruskan kejohanan ini kerana sudah ada peminat dan peserta selain kategori Wanita. Kami harap kejohanan ini akan diteruskan," tambah Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN).

Sementara itu, Setiausaha Agung KRM, Fahmy Abdul Jalil, menegaskan kejohanan sebegini memberi impak besar dengan kehadiran pemain import, selain turut menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada inisiatif Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dalam penganjuran berprestij ini. 

"Saya ingin ucapkan tahniah kepada KRS atas penganjuran, malah gembira dengan bagi pihak KRM dengan jumlah penyokong yang hadir dalam menghidupkan semula ragbi di Selangor." ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video