Skip to main content

Sukan SEA

Ragbi: Kami tanamkan sikap untuk menang -- Zulkiflee

zulkiflee-azmi-200817.jpg
Kapten skuad ragbi 7s negara, Zulkiflee Azmi, menyifatkan keinginan tinggi pemain adalah faktor yang membolehkan skuad negara mengatasi cabaran sengit Singapura 22-7 dalam perebutan pingat emas dalam final di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hari ini.

"Kelebihan berpihak kepada kami kerana pemain-pemain fokus dan menanamkan sikap untuk menang.

"Memang kami mahu menunaikan janji kami, iaitu pingat emas untuk negara," katanya.

Dalam aksi peringkat kumpulan pagi tadi, skuad negara tumpas 12-7 kepada Thailand, namun bangkit untuk membelasah Indonesia 75-0.

Sementara itu, ketua jurulatih, Saizul Hafifi Md Noor, percaya kejayaan meraih emas ini mampu memberi impak positif buat perkembangan ragbi negara.

"Kemenangan hari ini merupakan bonus dan impak besar kepada sukan ragbi.

"Saya berharap apa yang mereka lakukan menjadi ikutan penggiat-penggiat ragbi yang lain," ujar Saizul.



 

Advertisement

Must Watch Video