Ketua jurulatih skuad ragbi kebangsaan, Lee Nyuk Fah, perlu membuat pertukaran kepada barisan pemain susulan tiga tonggaknya tidak sempat pulih daripada kecederaan bagi menghadapi Hong Kong dalam divisyen perdana Kejohanan Ragbi Asia (ARC) di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Kekalahan kepada Korea Selatan dalam aksi pembukaan Sabtu lalu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tiga pemain negara ditimpa kecederaan.
Nathanael Tan mengalami keretakan rahang, Amirul Aqil Kamsol pula perlu berehat panjang akibat konkusi selain retak buku lali yang menimpa Rosmanizam Roslan.
Sehubungan itu, Nyuk Fah memanggil dua pemain daripada senarai bersedia untuk memperkuatkan cabaran negara.
Mereka ialah Mohamad Syafiq Afiq Edan dan Wan Mohd Asyraf Norudin yang bermain di bahagian sayap.
"Sudah tentu kami akan memanggil lagi pemain lain, mungkin Asyraf dimasukkan. Selain itu, Syafiq mungkin akan menggantikan Nathanael yang telah mengalami kecederaan rahang yang teruk," kata Nyuk Fah.
Aksi menentang Hong Kong nanti adalah yang terakhir buat Malaysia selaku tuan rumah sebelum bertandang ke tempat lawan pada hujung bulan ini.
Berdasarkan ranking, Hong Kong sudah pasti mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding Malaysia tetapi jurulatih itu menjangkakan semangat juang tinggi pemain negara akan membolehkan mereka memberi saingan sengit.
"Cuma apa yang pasti, kami perlu bermain dengan rentak kami dan kurang melakukan kesilapan mudah. Pemain perlu bermain sebagai satu unit dan kami tidak mahu bola mudah hilang.
"Mereka perlu menguasai permainan dan apabila mendominasi, mereka mempunyai pilihan untuk menyerang," katanya lagi.