Skip to main content

Sukan Asia

Ragbi 7s: Zulkiflee tidak gentar berdepan Jepun

ragbi7s.jpg
Kapten ragbi 7s negara, Zulkiflee Azmi, tidak gentar berdepan Jepun yang membelasah tuan rumah, Indonesia 92-0 apabila berentap dalam aksi kedua Kumpulan B, Sukan Asia, petang ini yang menyaksikan Malaysia akan turun sebagai pasukan bukan pilihan.

Skuad kendalian Saizul Hafifi Md Noor itu bermula dengan langkah kanan di padang ragbi Gelora Bung Karno apabila menewaskan Taiwan 17-10 dalam aksi pembukaan.

Pujian buat Hazim Nasarrudin yang melakukan try pada hujung separuh masa kedua sebelum melengkapkan conversion untuk mengesahkan kemenangan negara.

Kejayaan ini cukup melegakan tetapi aksi menentang juara bertahan, Jepun, petang ini akan menjadi ujian sebenar.

"Walaupun kami lambat panas dalam perlawanan berdepan Taiwan, kami berjaya meraih kemenangan dan mahu meneruskan momentum ini berdepan Jepun," kata Zulkiflee.

"Ia adalah aksi yang sengit di antara kedua-dua pasukan. Berdepan Jepun, kami akan berusaha untuk mencipta kejutan. Saya menjanjikan saingan yang berkualiti daripada skuad negara," kata Saizul Hafifi.

Pertemuan terakhir Malaysia-Jepun ketika final Kejohanan Jemputan Siri Asia di Sapporo bulan lalu berpihak kepada Jepun.

Advertisement

Must Watch Video