Kemerosotan yang dipamerkan empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan memberikan motivasi lebih tinggi buat skuad ragbi 7's negara dalam menyasarkan kedudukan lebih baik dalam saingan Sukan Asia kali ini.
Harapan tinggi diletakkan kepada mereka dalam menjadi antara yang terbaik di rantau Asia, sekali gus tidak mustahil sebutir pingat mampu dihasilkan.
Tangga kesembilan yang diraih dalam edisi 2014 Incheon menyaksikan skuad negara meraih kedudukan lebih rendah berbanding tempat kelima dalam edisi sebelumnya di Guangzhou.
Susulan kejayaan meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu, keyakinan kini lebih tinggi buat skuad kendalian Saizul Hafifi Md Noor itu bagi membuktikan mereka juga antara yang mampu memberi saingan di Asia.
Persembahan dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, tidak memberikan gambaran penuh kerana selain Malaysia, hanya Sri Lanka merupakan wakil dari benua Asia yang berada di bawah naungan Komanwel yang mengambil bahagian.
Pelbagai persiapan sudah dilakukan dan Hafifi menjangkakan skuad bimbingannya akan berada di tahap kemuncak prestasi semasa temasya berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
"Saya telah berbincang dengan persatuan untuk menjalani persiapan untuk Sukan Asia," kata Hafifi.
Di Jakarta nanti, Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Jepun, Taiwan dan Indonesia, dengan peluang ke suku akhir amat terbuka.
Jepun sudah pasti menjadi pilihan utama dalam kumpulan dan kini skuad negara perlu memastikan kemenangan ke atas dua lagi pasukan menjadi misi utama.
"Berdasarkan edisi sebelum ini, Jepun merupakan antara lawan yang perlu dihadapi Malaysia dan kami akan berusaha memberikan persembahan terbaik."
Sementara itu, penampilan ketiga di pentas Sukan Asia diharapkan mampu membawa tuah kepada kapten skuad negara, Zulkiflee Azmi.
Dia menganggap persiapan kali ini dilakukan lebih baik berbanding dua edisi sebelumnya dan tidak mustahil sasaran empat terbaik yang ditetapkan mampu dilaksanakan.
"Persiapan kami untuk Incheon kurang baik tetapi kali ini kami telah melakukan lebih awal dan cuba memperbaiki pencapaian lepas," kata Zulkiflee.