Skip to main content

Sukan Asia

Qalisha buat Qabil tidak senang hati

qabil.jpg
Melewati tempoh penerbangan selama 36 jam, atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, mengakui bimbang dengan kondisi kudanya, Qalisha, yang diterbangkan dari Jerman, khusus untuk digunakan bagi acara show jumping dalam saingan Sukan Asia 2018.

Qalisha dijangka tiba di Jakarta esok dan dalam tempoh itu, Qabil perlu diberikan tempoh masa untuk kudanya melewati rehat yang cukup selepas perjalanan yang panjang.

Qabil tidak mahu terburu-buru untuk menentukan bila tempoh latihannya bersama Qalisha kerana apa yang lebih utama adalah keadaan kudanya terlebih dahulu

"Ia mengambil masa hampir 36 jam, jadi situasi itu menjadi satu masalah yang besar. Risiko juga perlu ditanggung memandangkan ia mungkin akan menjadi penat atau terdedah dengan kecederaan. 

"Kami menyediakan doktor haiwan untuk memastikan keadaannya baik," ujarnya.

Qalisha adalah kuda yang digunakan Qabil ketika meraih pingat emas dalam saingan Sukan SEA 2017 dan dia mengharapkan tuah kudanya itu akan terus membantu untuk melakar kejutan selepas kali terakhir melakukan kemunculan dalam Sukan Asia lapan tahun lalu.

Selain Qalisha, Qabil juga menggunakan khidmat Rosentolz, kuda milik adiknya, Quzandria Ambak, yang turut mengutip emas bagi acara dressage ketika saingan Sukan SEA tahun lalu.

"Dalam tempoh perjalanan itu, ia melibatkan transit. Untuk ke Jakarta, perjalanan memerlukan transit selama empat jam.

"Perkara itu menjadi perhatian kami kerana apabila terlalu lama berada dalam kapal terbang, ia boleh mendatangkan masalah."

Advertisement

Must Watch Video