Pelumba cilik negara, Qabil Irfan, mengakui perlu mengubah taktikal tunggangannya menjelang pusingan kelima Kejuaraan Espana Superbike Championship (ESBK) Talent Cup di Litar Navarra, Ogos depan.
Qabil kini memimpin carta kedudukan dengan 173 mata meninggalkan Izan Rodriguez Alvarez di tempat kedua dengan jurang perbezaan 49 mata.
"Itu adalah taktik saya, mungkin saya perlu ubah strategi kerana pelumba lain sudah tahu taktik saya. Saya sudah belajar daripada kesilapan saya sebelum ini untuk menambah kelajuan," katanya.
Sementara itu, Hakim Danish, pula menegaskan keperluan berwaspada dengan dua pelumba yang mempunyai teknik tinggi dan sedang mengejar kedudukannya iaitu Brian Uriarte dan Veda Pratama.
Dua pelumba ini perlu diberikan perhatian dalam pusingan keenam Kejuaraan Rookies Cup di Austria yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 Ogos nanti.
Danish juga sedang memimpin carta kedudukan dengan 154 mata, dipisahkan 13 mata daripada Uriarte dan 24 mata dari Veda.
"Kami perlu lihat pencabar terdekat, banyak perkara boleh terjadi dan saya berharap dapat menghabiskan semua perlumbaan.
"Kelebihan lawan saya sangat laju tetapi dalam perlumbaan pelbagai perkara boleh terjadi." tambahnya.
Qabil dan Danish ditemui dalam satu sesi media untuk atlet Racing Boy dengan kerjasama ZK Racing Team di Putrajaya, hari ini.
Menyingkap prestasi Qabil dan Danish tahun ini dalam semua kejohanan menyaksikan Qabil turut mendahului dalam saingan MiniGP Malaysia selepas mencatatkan kemenangan dalam semua perlumbaan setiap pusingan.
Sementara Danish kini di tangga ketujuh saingan JuniorGP selepas mengumpul 51 mata dalam empat pusingan yang sudah pun berlangsung.