Skip to main content

Permotoran

Qabil Irfan, Hakim Danish dalam misi buru aksi cemerlang!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-hakim.jpg
Minggu ini kita menyaksikan dua pelumba negara, Hakim Danish dan Qabil Irfan kembali dalam usaha mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dalam kejohanan RedBull MotoGP Rookies Cup dan Espana Superbike Championship (ESBK).

Pusingan ke-4 RedBull MotoGP Rookies Cup bakal berlangsung di litar berprestij dan penuh aksi slipstream, Autodromo Internazionale del Mugello, Itali. Litar sepanjang 5.25 kilometer ini menampilkan sembilan selekoh kanan, enam selekoh kiri dan laluan lurus sejauh 1.141 kilometer, menjadikan perlumbaan kali ini sangat mencabar dan memberi kelebihan kepada pelumba untuk bersaing rapat dalam kelompok hadapan berikutan mempunyai selekoh yang panjang serta laju dan laluan lurus yang akan memberikan kelebihan slip stream.

Hakim Danish, yang kini mendahului carta keseluruhan dengan kelebihan 30 mata berbanding pencabar terdekatnya Brian Uriarte, dilihat bersemangat untuk meneruskan momentum kemenangan selepas menjuarai Race 2 di Pusingan 3 di Aragon.

Dalam masa sama, Qabil Irfan juga bakal beraksi dalam Pusingan ke-2 ESBK di Circuit de Barcelona-Catalunya, litar sepanjang 4.657 kilometer dengan lapan selekoh kanan, enam selekoh kiri serta laluan lurus 1.047 kilometer pastinya memberikan kenangan manis dimana tahun 2024 Qabil memenangi perlumbaan ESBK bagi kategori Moto4.

Qabil Irfan bersama Frando Racing VHC Team Liqui Moly telah menjalani sesi Private Test bersama pasukan minggu lalu di Circuit de Aragon sebagai persiapan rapi menghadapi pusingan ini. Qabil kini mendahului carta keseluruhan kategori ESBK Talent dengan perbezaan 10 mata di hadapan pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez. Satu perlumbaan yang dijangka sengit seperti mana yang disaksikan pada pusingan pertama di Circuit de Jerez.

Anda boleh menyaksikan perlumbaan Redbull MotoGP Rookies Cup secara langsung di RedBull TV dan Facebook rasmi RedBull MotoGP Rookies Cup pada hari Sabtu (Race 1) dan Ahad (Race 2). Manakala perlumbaan bagi Qabil Irfan dalam saingan ESBK boleh diikuti secara langsung di saluran YouTube rasmi RFME pada hari Ahad.

Advertisement

Must Watch Video