Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

PUO Panthers juara Liga Premier

puo.jpg
Politeknik Ungku Omar (PUO) Panthers muncul juara saingan Liga Premier Liga Ragbi Perak (LRP) 2019 yang berakhir sebentar tadi. 

Panthers menumpaskan Ipoh Lions Development Rugby Club 40-22 untuk muncul juara kategori divisyen 2 itu. 

Dalam perlawanan akhir di Padang 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tambun sebentar tadi, PUO jelas terlalu gagah apabila mendahului 22-10 dalam babak pertama setelah memperoleh mata melalui enam try dan 10 conversion berbanding empat try serta dua conversion oleh lawan. 

Bagi kejayaan itu, kedua-dua pasukan meraih hadiah wang tunai RM750 dan RM500 serta dinaikkan ke Liga Super tahun depan. 

Sementara itu, pasukan Anchorman menduduki tempat ketiga selepas mengatasi Cap Ayam RC 30-12 selepas mendahului 13-7 dalam babak pertama. 

Sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Perak (KRP) itu dan hadiah disampaikan oleh Presiden KRP, Mahader Ahmad Mohammad Ayob.


Kredit foto: Pasukan PUO Panthers bergambar selepas muncul juara Liga Premier Ragbi Perak, petang tadi. 

Advertisement

Must Watch Video